Kenapa?

Semalam kita jadi kawan kerana kenangan silam, hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam, esok kita akan terus berkawan kerana hari ini kita saling mendoakan, hari-hari kemudian kita akan terus berkawan kerana esok kita ada azam, tapi andai esok tiada lagi kita tetap kawan, kawan selamanya dalam kenangan. 

Indahnya dunia hanya sementara, indahnya cinta hanya seketika, indahnya mimpi kadang-kadang tak pasti, tetapi indahnya persahabatan sukar di cari ganti. 
Persahabatan tak terbayang kalau hati tak sayang, persahabatan tak syahdu kalau hati tak rindu dan persahabatan tak ada class kalau hati tak ikhlas. Seorang sahabat adalah seseorang yang kamu cintai.. Bukan kerana jatuh cinta, tapi sebab kita peduli akan orang itu, dan kita memikirkannya ketika mereka tidak ada. Sahabat mungkin adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang mengantarkan atau mengiringmu pada saat pernikahanmu, atau mungkin dialah orang yang kamu nikahi.


SAHABAT tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.

SAHABAT tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.
SAHABAT tu seperti air terus mengalir.
SAHABAT tu bak bulan dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana.
SAHABAT tu macam makanan, kawan makan kawan!!
SAHABAT tu seperti lembu mengikut saja apa yang dikata.
SAHABAT tu tak ubah macam durian, bau busuk tapi sedap dimakan.
SAHABAT tu macam biskut sekejap ada sekejap takada.
SAHABAT tu tak kisahlah macam mana dia sekalipun walaupun dia .


IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT sekali pun dia tetap kawan

Sebab?

Sekali dah kawan dengan dia selamanya dia tetap kawan. Itu cara berkawan yang betul. Mungkin.
Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat
Mempuynyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Sewaktu dipucak kejayaan, ramai yang kenal kita dan dalam kesengsaraan, kita akan kenal siapa kawan, rakan dan sahabat kita.


SAHABAT umpama air di kala dahaga.

SAHABAT umpama nasi kala lapar.
SAHABAT umpama cahaya di masa gelap.


Jika bersahabat bersiaplah untuk berkorban demi persahabatan itu.  Jika bermusuhana dengan sahabat bersiaplah untuk mengalah demi persahabat kalian.

Orang yang suka mengkhianati sahabat sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.

Sahabat yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi sahabat yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu. Sahabat ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya
Tidaklah kita dapat mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka. Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata. Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian. Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya. Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu. Kita tidak akan pernah memiliki seorang sahabat, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kita dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak dapat melihat keduanya.

Sahabat yang setia adalah sahabat yang membawa kita kepada kebahagian yang hakiki. Sahabat yang setia adalah sahabat yang membawa kita ke jalan yang benar tetapi, sahabat kini membawa ke jalan kesesatan. Bermula satu pertemuan, terjalin sebuah ikatan, tercipta seribu kenangan. Kini hadirnya persahabatan menguji keutuhan dan kesetiaan dalam persahabatan. Lantaran itu, belajarlah menghargai sebuah kenangan kerana ia kini hanya wujud dalam ingatan dan tak mungkin akan berulang. Malah tak siapa boleh mengubahnya, itulah realiti kehidupan. Namun, sebuah persahabatan yang sejati pasti akan membawa kerinduan di hati yang abadi. Secebis kasih membuatkan kita sayang, seucap janji membuatkan kita percaya, sekecil luka membuatkan kita kecewa. tapi sebuah persahabatan bermakna selamanya.


SEKUAT mana kita setia,

SEHEBAT mana kita merancang,
SEJAUH mana kita menunggu,
SEKERAS mana kita bersabar,
SEJUJUR mana kita menerima dia,
Jika tuhan tidak menulis jodoh kita bersama dia,
Kita tetap tidak akan bersamanya,
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang,
Dan sebaik-baiknya yang merancang itu adalah Allah s.w.t.



Credit to : Encik Google

Nak Buat Apa?

“Pinjamkan telinga kita untuk dengar masalah orang”

Ada rasa terbeban? Ada rasa memualkan bila jadi tempat mengadu? Ada rasa nak larikan diri tak? Ada? cuba bayangkan kawan-kawan korang yang tengah ada masalah ni adalah diri korang sendiri. Ok, now bayang yek!

Apa yang korang harapkan? Masalah tu selesai kan? Tapi, masalah tu belum tentu selesai. Maybe perlukan “tempoh” masa. kan? Jadi, sekarang apa yang korang perlukan? Come on guys! Apa lagi, sah-sah lah someone yang boleh jadi pendengar setiap masalah korang!!!! Kan???

Kalau kita ada musuh, jangan kita lawan balik. Tapi kita duduk diam-diam. Bila si musuh ada masalah, kita tanya kenapa dengan dia. Ada rezeki kita, si musuh tu boleh jadi kawan kita!  
Hidup biar tambahkan kawan, jangan tambahkan musuh. Bila dah ada kawan, jaga kawan sebaik mungkin. Tolerate lah sikit. Bila dia susah, kita tolong. Tak boleh dengan material, cukuplah dengar luahan hati dia. Tapi, tak payah harapkan balasan!!! Jangan, nanti boleh rasa kecewa;)

Credit to : Lizarazak

Cinta Antara Sahabat Baik dan Peraturan Friendzone?

Dalam dunia sosial orang selalu cakap kita ada dua peraturan penting.
Pertama, lelaki dan wanita takkan boleh berkawan baik. Pasti satu ketika akan ada antara mereka yang melampaui garisan sebagai seorang kawan. Soal hati dan perasaan?

Kedua, lelaki dan wanita boleh berkawan rapat tetapi mesti diwujudkan satu sempadan yang dua atau tiga kali ganda lebih tinggi dari Tembok Besar China yang dipanggil ‘friendzone’.
love between best friend forever sahabat baik sejati 
cinta BFF wujudkah? pic : kayellaneza

Kita analogikan satu situasi, kita namakan situasi pertama lah. Ada 6 orang sahabat baik, apa tu orang selalu cakap BFF (best friend forever). 3 lelaki dan 3 perempuan. Ditakdirkan satu ketika wujud satu pasangan antara mereka,si lelaki dan si perempuan. Baki lagi 4 orang kawan macam biasa. Satu hari pasangan tersebut gaduh besar, sorang tarik crowd geng-geng perempuan antara 4 orang tadi dan begitu juga dengan si lelaki. Kacau-kacau, dek kerana mereka jatuh hati diawalnya menemui jalan buntu maka persahabatan yang lain terjejas.

Situasi kedua, bila group yang ada lelaki dan perempuan yang dah lama berkawan dan tiba-tiba ada yang menaruh perasaan. Tapi biasanya, biasanya lah ia sukar nak diteruskan. Friendzone, itu yang jadi batasan. Yelah kau dah kawan lama, kutuk-kutuk itu ini, support each other tiba-tiba nak naik stage lebih pulak ye pelik. Kadang-kadang memang orang tak boleh terima. Pelik, sangat pelik tapi itulah jawapan ringkas dan cepat.

Cinta antara sahabat baik, mesti ada orang pernah hadapi atau lihat situasi macam ni. Ia adalah sesuatu yang amat sukar dan berisiko. Kira macam 50-50 la. Antara berjaya ataupun hilang kawan selama-lamanya. Jatuh hati dengan orang yang dah lama kenal dibandingkan dengan yang baru kenal jauh beza. Kalau baru kenal tu masing-masing ada sikap ragu-ragu, tak pasti, berhati-hati dan tak tunjuk diri sebenar lagi. Tapi kalau dah lama kenal, banyak benda dah tahu mungkin dari segi sikap, pemikiran sebagainya dan paling ketara dah mind-set takkan ada apa-apa hubungan lebih dari itu. Cukup sekadar kawan (friendzone).

Jadi, boleh masuk akal ke cinta antara sahabat baik dan peraturan friendzone ni?
“Inside your heart there is something that you can hide but you can’t deny”
Normal la kalau kawan-kawan baik korang ada perasaan kat korang (bukan sama jantina, itu bahaya!) . Takde salah pun jika ada perasaan dengan kawan baik sendiri cuma kena sedar risikonya dan fikir sehabis baik. Kalau rasa boleh go, teruskan dengan penjelasan dan kalau rasa tak boleh pun cuba je dapatkan jawapan baru lebih jelas tapi risiko dia kena terima dengan hati terbuka.

Friendzone ni kalau rasa nak wujudkan awal-awal lagi dah declare untuk jadi sahabat selamanya. Tapi pada saya tak logik istilah friendzone ni sebab ia menafikan fitrah yang kita tak jangka. Kalau ada kawan-kawan korang yang melebihi batas friendzone ni, terpulang sama ada menerima atau menolak tapi perlulah bijak dan berhikmah supaya kita tak rasa malu dan dia pun tak rasa malu atau bodoh dengan tindakan dia. Manusia semua ada hati dan perasaan, kena jaga tu.
walking alone at town  
teruskan berjalan.. pic : silentivy

Ada yang pernah alami situasi macam ni? Biasanya kalau cinta antara sahabat baik ni sukar nak berjaya, serius sukar sebab dalam kumpulan anda tu dah ada mind-set yang besar, nak tembus mind-set tu macam sangat mustahil. Ramai yang akan gagal tapi tak bermakna ia penamat segalanya sebab dari situ anda kutip pengalaman. Tapi kalau berjaya, kira rezeki korang la dan memang awesome giler! Hahaha.

Hidup realiti sukar nak ramal atau susun plot dan jalan cerita tapi kita kena terus berjalan. Kalau situasi ini berlaku kepada anda, nak buat apa ye? Haa, boleh fikir-fikirkan. :)
Credit to : IzwanYusof

More Than You


Sometimes, it's hard for me to understand what you really want to happen, but I trust you. I know you will give me what's best. I miss you more than you, I love you more than you love me.


To Bakal Imam,

  Terima kasih , sebab awak saya ketawa
  Terima kasih , sebab awak saya senyum sorang-sorang
  Terima kasih , sebab awak saya kenal erti cinta
  Terima kasih , sebab awak saya ada perasaan rindu
  Terima kasih , sebab awak saya marah
  Terima kasih , sebab awak saya cemburu
  Terima kasih , sebab awak saya ada orang sayang
  Terima kasih , sebab awak saya ada semangat
  Terima kasih , sebab awak ada masa bila saya perlukan awak.


" Ya Allah, berikanlah aku kekuatan ketika rapuh, berikanlah aku petunjuk ketika keliru, berikanlah aku cahaya ketika dalam kegelapan semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari ini penentu yang lebih baik untuk hari esok "

Change {New Blog}

Setiap manusia tidak akan pernah lepas daripada melakukan kesilapan. Itu lumrah.  Lupakan kesilapan lalu, kerana mengingatinya tidak akan memberi apa-apa makna lagi kepada kita. Masa tidak akan dapat diputar. Namun, diri kita masih boleh diperbaiki.

Sabar itulah yang akan membuatkan hati kita kuat, cekal, dan tabah.

Sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud:

" Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri maka hendaklah duduk, dan bila sedang duduk hendaklah bersandar atau berbaring".


Tutup buku lama dan buka buku baru , tapi tak bermakna kita harus membuang buku lama tu. Sesekali kita perlu membelek buku lama agar kita tidak mengulangi kesilapan lalu dan akan terus memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan dan seorang Islam yang lebih baik. Insya'ALLAH. Wallahu'alam.
This blog fully designed by CkenMasri | Don't copy it !