Dalam dunia sosial orang selalu cakap kita ada dua peraturan penting.
Pertama, lelaki dan wanita takkan boleh berkawan baik. Pasti satu ketika akan ada antara mereka yang melampaui garisan sebagai seorang kawan. Soal hati dan perasaan?
Kedua, lelaki dan wanita boleh berkawan rapat tetapi mesti diwujudkan satu sempadan yang dua atau tiga kali ganda lebih tinggi dari Tembok Besar China yang dipanggil ‘friendzone’.
Kedua, lelaki dan wanita boleh berkawan rapat tetapi mesti diwujudkan satu sempadan yang dua atau tiga kali ganda lebih tinggi dari Tembok Besar China yang dipanggil ‘friendzone’.
cinta BFF wujudkah? pic : kayellaneza
Kita analogikan satu situasi, kita namakan situasi pertama lah. Ada 6 orang sahabat baik, apa tu orang selalu cakap BFF (best friend forever). 3 lelaki dan 3 perempuan. Ditakdirkan satu ketika wujud satu pasangan antara mereka,si lelaki dan si perempuan. Baki lagi 4 orang kawan macam biasa. Satu hari pasangan tersebut gaduh besar, sorang tarik crowd geng-geng perempuan antara 4 orang tadi dan begitu juga dengan si lelaki. Kacau-kacau, dek kerana mereka jatuh hati diawalnya menemui jalan buntu maka persahabatan yang lain terjejas.
Situasi kedua, bila group yang ada lelaki dan perempuan yang dah lama berkawan dan tiba-tiba ada yang menaruh perasaan. Tapi biasanya, biasanya lah ia sukar nak diteruskan. Friendzone, itu yang jadi batasan. Yelah kau dah kawan lama, kutuk-kutuk itu ini, support each other tiba-tiba nak naik stage lebih pulak ye pelik. Kadang-kadang memang orang tak boleh terima. Pelik, sangat pelik tapi itulah jawapan ringkas dan cepat.
Cinta antara sahabat baik, mesti ada orang pernah hadapi atau lihat situasi macam ni. Ia adalah sesuatu yang amat sukar dan berisiko. Kira macam 50-50 la. Antara berjaya ataupun hilang kawan selama-lamanya. Jatuh hati dengan orang yang dah lama kenal dibandingkan dengan yang baru kenal jauh beza. Kalau baru kenal tu masing-masing ada sikap ragu-ragu, tak pasti, berhati-hati dan tak tunjuk diri sebenar lagi. Tapi kalau dah lama kenal, banyak benda dah tahu mungkin dari segi sikap, pemikiran sebagainya dan paling ketara dah mind-set takkan ada apa-apa hubungan lebih dari itu. Cukup sekadar kawan (friendzone).
Jadi, boleh masuk akal ke cinta antara sahabat baik dan peraturan friendzone ni?
“Inside your heart there is something that you can hide but you can’t deny”
Normal la kalau kawan-kawan baik korang ada perasaan kat korang (bukan sama jantina, itu bahaya!) . Takde salah pun jika ada perasaan dengan kawan baik sendiri cuma kena sedar risikonya dan fikir sehabis baik. Kalau rasa boleh go, teruskan dengan penjelasan dan kalau rasa tak boleh pun cuba je dapatkan jawapan baru lebih jelas tapi risiko dia kena terima dengan hati terbuka.
Friendzone ni kalau rasa nak wujudkan awal-awal lagi dah declare untuk jadi sahabat selamanya. Tapi pada saya tak logik istilah friendzone ni sebab ia menafikan fitrah yang kita tak jangka. Kalau ada kawan-kawan korang yang melebihi batas friendzone ni, terpulang sama ada menerima atau menolak tapi perlulah bijak dan berhikmah supaya kita tak rasa malu dan dia pun tak rasa malu atau bodoh dengan tindakan dia. Manusia semua ada hati dan perasaan, kena jaga tu.
Friendzone ni kalau rasa nak wujudkan awal-awal lagi dah declare untuk jadi sahabat selamanya. Tapi pada saya tak logik istilah friendzone ni sebab ia menafikan fitrah yang kita tak jangka. Kalau ada kawan-kawan korang yang melebihi batas friendzone ni, terpulang sama ada menerima atau menolak tapi perlulah bijak dan berhikmah supaya kita tak rasa malu dan dia pun tak rasa malu atau bodoh dengan tindakan dia. Manusia semua ada hati dan perasaan, kena jaga tu.
teruskan berjalan.. pic : silentivy
Ada yang pernah alami situasi macam ni? Biasanya kalau cinta antara sahabat baik ni sukar nak berjaya, serius sukar sebab dalam kumpulan anda tu dah ada mind-set yang besar, nak tembus mind-set tu macam sangat mustahil. Ramai yang akan gagal tapi tak bermakna ia penamat segalanya sebab dari situ anda kutip pengalaman. Tapi kalau berjaya, kira rezeki korang la dan memang awesome giler! Hahaha.
Hidup realiti sukar nak ramal atau susun plot dan jalan cerita tapi kita kena terus berjalan. Kalau situasi ini berlaku kepada anda, nak buat apa ye? Haa, boleh fikir-fikirkan.
Credit to : IzwanYusof


No comments:
Post a Comment