Change {New Blog}

Setiap manusia tidak akan pernah lepas daripada melakukan kesilapan. Itu lumrah.  Lupakan kesilapan lalu, kerana mengingatinya tidak akan memberi apa-apa makna lagi kepada kita. Masa tidak akan dapat diputar. Namun, diri kita masih boleh diperbaiki.

Sabar itulah yang akan membuatkan hati kita kuat, cekal, dan tabah.

Sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud:

" Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri maka hendaklah duduk, dan bila sedang duduk hendaklah bersandar atau berbaring".


Tutup buku lama dan buka buku baru , tapi tak bermakna kita harus membuang buku lama tu. Sesekali kita perlu membelek buku lama agar kita tidak mengulangi kesilapan lalu dan akan terus memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan dan seorang Islam yang lebih baik. Insya'ALLAH. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

This blog fully designed by CkenMasri | Don't copy it !